Kawasan atau zon perdagangan bebas (
bahasa Inggeris: Free trade zone atau
FTZ) atau
zon pemprosesan eksport adalah wilayah suatu negara di mana beberapa
halangan perdagangan seperti
tarif dan
kuota dihapuskan dan keperluan birokrasi dikurangkan dengan harapan menarik bisnes dan
pelaburan asing baru. Ia juga wilayah atau daerah di mana sekumpulan negara telah bersetuju untuk mengurangkan atau menghapuskan halangan perdagangan. Kawasan perdagangan bebas boleh ditakrifkan sebagai pusat pengeluaran yang melibatkan
import bahan mentah atau komponen dan
eksport produk kilang.Kebanyakan kawasan perdagangan bebas berada di
negara-negara membangun seperti
Brazil,
China,
Filipina,
Malaysia,
Pakistan,
Mexico,
Costa Rica,
Honduras, dan
Madagascar yang juga mempunyai zon pemprosesan eksport. Pada tahun 1997, 93 negara telah mendirikan zon pemprosesan eksport (EPZ) dan menggaji 22.5 juta orang, dan lima tahun kemudian, pada tahun 2003, EPZ di 116 negara memberi pekerjaan kepada 43 juta orang.Syarikat yang didirikan di kawasan perdagangan bebas diberikan pelepasan
cukai sebagai insentif. Biasanya, kawasan ini didirikan di kawasan mundur di negara tuan rumah; dengan harapan ia akan menarik pengusaha dan dapat mengurangkan
kemiskinan dan
pengangguran, serta merangsang ekonomi. Kawasan ini sering digunakan oleh syarikat multinasional untuk menubuhkan kilang-kilang yang menghasilkan produk seperti pakaian atau kasut.Kawasan perdagangan bebas juga dikenali sebagai kawasan atau zon ekonomi istimewa di beberapa negara. Kawasan ekonomi istimewa telah ditubuhkan di banyak negara untuk pelaksanaan prinsip-prinsip ekonomi pasaran
liberal. Kawasan ini dipandang sebagai alat untuk meningkatkan penerimaan dan kredibiliti dasar transformasi dan untuk menarik pelaburan domestik dan asing. Objektif asas kawasan ini adalah untuk meningkatkan pendapatan mata wang asing, mengembangkan industri berorientasikan eksport dan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.